Cerita Baru

Bukan mudah untuk Cik Bee menulis dalam bahasa ibunda. Hampir seminggu juga masa dihabiskan untuk membaca buku-buku dan blog-blog bahasa Melayu sebagai persediaan minda untuk menulis semula dalam bahasa ini. Entah apa yang susah sangat tentang bahasa ibunda. Mungkin kerana ianya bahasa yang melambangkan bangsa, Cik Bee lebih berhati-hati dan lebih bersopan santun dalam menggunakannya. Setiap ayat dan perkataan diteliti. Jika kurang bersesuaian, maka terpaksalah dipadam dan diolah semula. Sungguh memenatkan! Akhirnya, berjam-jam telah dihabiskan untuk merangka dan mengarang ayat sahaja.

Cik Bee akhirnya mengambil keputusan untuk menyediakan ruang kecil ini untuk dijadikan tempat berbahasa ibunda. Cerita baru dalam bahasa Melayu akan dimasukkan ke dalam ruangan ini. Semoga hari demi hari Cik Bee akan menjadi lebih selesa untuk menulis dalam bahasa ini. Doakan lah ya.

Kenapa guna nama Cik Bee? Ini nama panggilan anak-anak murid di kelas tuisyen (English tuition and it’s actually “Miss Bee”). Lebih kurang sehari juga digunakan untuk memikirkan nama yang sesuai akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan nama sendiri saja. Okay tak nama tu? Tak mengujakan kan? Apa boleh buat, pada dasarnya Cik Bee memang pun seorang yang membosankan.

Bahasa Melayunya masih dalam progres. Bersabar ya.