Cerita Dikejar Anjing Di Sempadan Thailand

Belum pun setengah jam tiba di Chiang Khong, aku di kejar anjing! Kononnya mencari jalan pintas ke sungai Mekong… tapi entah apa lah nasib, belum pun sampai ke sungai aku dikejutkan dengan salakan anjing bertalu-talu. Dari arah semak, dua ekor anjing kecil yang garang berlari laju menuju ke arah ku. Aku punya lah terkejut, terus saja menjerit dengan “girly” nya sekali, walaupun aku sedar tempat tu takda orang nak datang tolong.

Sebab anjing-anjing garang ini sudah hampir, aku pun apa lagi – buka langkah seribu! Tapi mungkin kerana aku bukan ratu pecut negara, kejap je anjing tu kejar aku. Aku toleh belakang jap, eh dah kat ujung kaki aku dah? Sikit lagi dah nak kena gigit! Dalam keadaan semput dan panik tiba-tiba aku teringat sesuatu. Terus aku berhenti mengejut dan sergah anjing-anjing tu “STOP IT!”… macam magik diorang pun berhenti mengejar. Tapi masih lagi gigih menyalak. Kalau aku sambung lari mesti diorang kejar balik. So dengan garangnya aku tunjuk kat tanah sambil jerit “STAY! STAY!” … aku buat ni beberapa kali sampai anjing-anjing tu dah tak menyalak. Bila dah selamat, aku jalan je tinggalkan anjing-anjing tu. Nasib le diorang ada amik kelas bahsa Inggeris kan…….

Aku belajar sergah anjing di kampung. Grandparents non-muslim. Diorang bela banyak anjing. Kadang kala kalau dah lama tak balik anjing dah tak kenal tuannya… aku memang selalu kena salak anjing. Teknik dia kena show those dogs who’s the boss. Kalau dia menyalak memang akan kena marah “Ko berani salak aku? Sepak kang?”

Tapi ngan anjing yang dikenali je lah. Anjing orang aku panik gak contohnya situasi kat atas tu. Took me a while to remember what to do.

Korang kalau kena kejar anjing korang buat apa?