Cerita Dikejar Anjing Di Sempadan Thailand

Belum pun setengah jam tiba di Chiang Khong, aku di kejar anjing! Kononnya mencari jalan pintas ke sungai Mekong… tapi entah apa lah nasib, belum pun sampai ke sungai aku dikejutkan dengan salakan anjing bertalu-talu. Dari arah semak, dua ekor anjing kecil yang garang berlari laju menuju ke arah ku. Aku punya lah terkejut, terus saja menjerit dengan “girly” nya sekali, walaupun aku sedar tempat tu takda orang nak datang tolong.

Sebab anjing-anjing garang ini sudah hampir, aku pun apa lagi – buka langkah seribu! Tapi mungkin kerana aku bukan ratu pecut negara, kejap je anjing tu kejar aku. Aku toleh belakang jap, eh dah kat ujung kaki aku dah? Sikit lagi dah nak kena gigit! Dalam keadaan semput dan panik tiba-tiba aku teringat sesuatu. Terus aku berhenti mengejut dan sergah anjing-anjing tu “STOP IT!”… macam magik diorang pun berhenti mengejar. Tapi masih lagi gigih menyalak. Kalau aku sambung lari mesti diorang kejar balik. So dengan garangnya aku tunjuk kat tanah sambil jerit “STAY! STAY!” … aku buat ni beberapa kali sampai anjing-anjing tu dah tak menyalak. Bila dah selamat, aku jalan je tinggalkan anjing-anjing tu. Nasib le diorang ada amik kelas bahsa Inggeris kan…….

Aku belajar sergah anjing di kampung. Grandparents non-muslim. Diorang bela banyak anjing. Kadang kala kalau dah lama tak balik anjing dah tak kenal tuannya… aku memang selalu kena salak anjing. Teknik dia kena show those dogs who’s the boss. Kalau dia menyalak memang akan kena marah “Ko berani salak aku? Sepak kang?”

Tapi ngan anjing yang dikenali je lah. Anjing orang aku panik gak contohnya situasi kat atas tu. Took me a while to remember what to do.

Korang kalau kena kejar anjing korang buat apa?

Yasmine, Sebuah Filem.

images (2)

Baru-baru ini saya tertarik dengan satu video trailer untuk sebuah filem produksi negara Brunei Darussalam. Apa yang menarik sangat tentang filem ini? Ia bukan sahaja filem ‘box-office’ pertama keluaran negara ini, ia juga diarah oleh Siti Kamaluddin, pengarah wanita pertama negara Brunei Darussalam!

Filem yang menelan belanja produksi sebanyak BND 2 Juta ini memaparkan barisan pelakon berwibawa dari tiga negara (Indonesia, Brunei dan Malaysia). Produksi ini juga mengambil langkah berani dengan memperkenalkan barisan pelakon utama yang baru pertama kali berlakon dilayar perak. Tanpa bercerita panjang… jom tengok theatrical trailer!

one more…

Sudah lihat trailernya mungkin anda sudah tahu ya apa jalan ceritanya. Ada petikan kata-kata Bruce Lee lagi diselitkan disitu. Memang sangat menarik kan? Macam Karate Kid versi Melayu! Bukan selalu ya bisa merasa teruja menunggu filem keluaran negara serumpun kita sebegini rupa. Jadi, nantikan kedatangan filem ini di pawagam!!

Cerita Kembara Sengkek : Tangkuban Prahu

19

Bila berjalan sendirian, kita bertemu pelbagai jenis manusia. Bukanlah Cik Bee maksudkan sekiranya berjalan beramai-ramai kita tidak akan berkesempatan bertemu ramai orang… tetapi maksudnya bila bersendirian kita ada lebih masa untuk memerhati orang. Iya lah, jika sudah sendirian tidak punya teman bicara harus buat apa lagi kalo di khalayak ramai?… Jadinya kita lebih banyak memerhati orang sekeliling. Not in a creepy way. But you know what I mean!

Semasa di Tangkuban Prahu sempat berkenalan dengan Pak Nanang. Pak Nanang ialah salah seorang daripada penjual cenderamata a.k.a pemandu pelancong di situ. Pada awalnya, Cik Bee dikerumuni segerombolan pemandu pelancong yang menawarkan khidmat mereka secara percuma dengan syarat sebelum balik nanti Cik Bee akan membeli sedikit barangan jualan mereka. Memandangkan Cik Bee sudah membaca mengenai situasi ini di forum Tripadvisor, Cik Bee sudah tahu lebih awal untuk mengelak daripada menjadi mangsa pemandu-pemandu pelancong ini. Bagi sesiapa yang belum tahu, pelancong digalakan untuk tidak mengendahkan mereka dan tidak mengambil sebarang inisiatif untuk bercakap dengan mereka. Ini bukan kerana kita ingin berlaku kurang ajar kepada penduduk tempatan. Ini kerana saban hari ada saja cerita pelancong yang telah ditipu di taman wisata alam ini. Sebagai rujukan sila lah ke forum-forum tertentu di Tripadvisor.

Tapi entah mengapa walaupun pemandu-pemandu pelancong lain sudah berputus asa untuk memujuk Cik Bee, Pak Nanang masih setia mengiringi sambil menerangkan perihal taman wisata alam ini satu persatu walaupun Cik Bee pada awalnya buat endah tak endah sahaja. Dah Tripadvisor dan makcik-makcik berpengalaman ajar macam tu! Nak buat camana lagi? Tapi kan,tiba-tiba boleh timbul rasa kesian. Rasa bersalah pun ada, ye lah, orang dok terangkan pada kita dengan gigih kita buat endah tak endah tak ke kurang ajar macam tu? Pantang keturunan Cik Bee kurang ajar pada orang yang berbuat baik. Jadi nak dipendekkan cerita, akhirnya Cik Bee layan je lah pemandu pelancong a.k.a penjual tasbih ni. Niat dalam hati, dihujung nanti bagi sedikit tip sebagai sedekah.

Pak Nanang ni penduduk yang tinggal di kampung yang berdekatan dengan taman wisata alam ini. Menurut Pak Nanang, sebab terlalu ramai orang yang ingin berniaga di situ pihak pengurusan wisata alam ni cuma benarkan setiap orang untuk datang berniaga di sana sekali seminggu sahaja. Sempat cik Bee bertanya, jadi hari lain Pak Nanang berniaga di mana? Hari lain buat kerja kampung, jawabnya.

Baik tau Pak Nanang ni, dia tengok Cik Bee cam semput je jalan ikut trail tu jadi dia bawa lah tengok tumbuh-tumbuhan herba di situ. Dapatlah menarik nafas sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Salah satu dari pada tumbuhan tu ialah sejenis akar kayu… nama dia, cik Bee dah tak berapa ingat. Kalau tak silap… Wirsa Naga atau Wisata Naga… atau Dragon Ball… tah, tak ingat lah… yang penting ada perkataan naga tu.

18Ni dia… Wirsa Naga (or NOT). Pak Nanang siap bungkus dalam plastik suruh bawa balik.

Kononnya tumbuhan ini sesuai direndam dan diminum airnya. Untuk kesihatan badan. Menurut Pak Nanang ramai pelancong dari China yang suka mengambil tumbuhan tersebut untuk di bawa pulang kerana khasiatnya hampir sama dengan Ginseng. Memandangkan pengetahuan ubatan-ubatan tradisional Cik Bee boleh dikategorikan sebagai ‘non-existent’… Maka, tidak boleh disahkan sama ada ini fakta betul atau auta. Tapi benda ni masih ada Cik Bee simpan dalam backpack. Sudah kering!

Tangkuban Prahu ni ada beberapa kawah yang terkenal. Yang paling terkenal ialah Kawah Ratu. Kawah paling besar sekali di situ. Boleh tengok gambar di bawah.

23

Kawah lain ialah Kawah Upas. Tapi masa tu Kawah Upas ditutup sebab tengah aktif jadi tidak berkesempatan untuk ke sana. Takda gambar ye. Nampak dari jauh je berasap-asap. Dalam gambar di bawah boleh nampak sedikit asap Kawah Upas ni, on the horizon.

24

Cik Bee tak jalan sampai ke air keramat sebab masa tu tak ramai orang dan sunyi. Cuma ada pak Nanang ja. Walaupun pak Nanang orang baik… Cik Bee tak nak le masuk gua sorang sorang ngan orang yang tak dikenali kan? Jadi Cik Bee amik keputusan untuk balik the check point pertama tu. Sebelum tu sempat juga amik satu tasbih buat kenang-kenangan.

21 Pandai juga Pak Nanang amik gambar. Ada juga lah gambar kenangan hasil susah payah panjat sampai hujung tu. Terima kasih Pak Nanang.

Ini cuma salah satu cerita kembara solo sengkek saya. Jika ada keterluangan saya akan berkongsi lagi. Masa kurang sikit sebab sibuk kumpul dana untuk kembara solo yang seterusnya. Kepada yang masih berfikir-fikir untuk terbang melihat dunia luar. Don’t think too much, just do it! Jom kumpul dana! Kita keliling dunia di masa masih muda, pergi umrah… naik haji semasa kudrat masih kuat! Dana tak pernah cukup? Berniaga lah. Berniaga tak pernah untung? Belajar lah dari yang pakar! #Teknik7Naga

Salam Ramadhan!

Cerita Baru

Bukan mudah untuk Cik Bee menulis dalam bahasa ibunda. Hampir seminggu juga masa dihabiskan untuk membaca buku-buku dan blog-blog bahasa Melayu sebagai persediaan minda untuk menulis semula dalam bahasa ini. Entah apa yang susah sangat tentang bahasa ibunda. Mungkin kerana ianya bahasa yang melambangkan bangsa, Cik Bee lebih berhati-hati dan lebih bersopan santun dalam menggunakannya. Setiap ayat dan perkataan diteliti. Jika kurang bersesuaian, maka terpaksalah dipadam dan diolah semula. Sungguh memenatkan! Akhirnya, berjam-jam telah dihabiskan untuk merangka dan mengarang ayat sahaja.

Cik Bee akhirnya mengambil keputusan untuk menyediakan ruang kecil ini untuk dijadikan tempat berbahasa ibunda. Cerita baru dalam bahasa Melayu akan dimasukkan ke dalam ruangan ini. Semoga hari demi hari Cik Bee akan menjadi lebih selesa untuk menulis dalam bahasa ini. Doakan lah ya.

Kenapa guna nama Cik Bee? Ini nama panggilan anak-anak murid di kelas tuisyen (English tuition and it’s actually “Miss Bee”). Lebih kurang sehari juga digunakan untuk memikirkan nama yang sesuai akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan nama sendiri saja. Okay tak nama tu? Tak mengujakan kan? Apa boleh buat, pada dasarnya Cik Bee memang pun seorang yang membosankan.

Bahasa Melayunya masih dalam progres. Bersabar ya.